RESIPI TAMBAH DRAMA | Bun Ayam BBQ Kimball

Masa Penyediaan
1 jam 20 minit
Masa Memasak
40 minit
Saiz Hidangan
5 orang
Resipi oleh
Chef Rohani Jelani

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • Untuk doh:
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 150 ml air
  • 400 g tepung
  • 1 sudu teh garam
  • 1 teh yis segera
  • 50 g mentega lembut
  • Untuk inti:
  • 3 sudu besar minyak
  • 1 biji bawang, dicincang halus
  • 1 biji lobak merah, dicincang halus
  • 300 g ayam kisar
  • ¼ cawan Sos BBQ Kimball
  • 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
  • 3 sudu besar Mayonis Kimball
  • 2 tangkai daun bawang, dihiris halus

CARA-CARANYA

  1. Untuk membuat doh: Pukul telur, susu pekat dan air, ketepikan. Campur tepung, garam, yis berserta mentega dalam mangkuk besar dan uli sebati. Masukkan pula telur adunan dan uli lagi selama 5 -10 minit sehingga doh lembut dan elastik. Kemudian, tutup mangkuk doh dengan plastic dan ketepikan dalam suhu rumah selama 1 jam (sehingga doh naik berganda).
  2. Sementara menunggu doh naik, buat inti: Panaskan minyak di dalam pan atas api sederhana. Tumis bawang dan lobak merah sehingga lembut. Masukkan ayam dan kacau sehingga empuk. Tambah Sos BBQ Kimball dan Sos Berperisa Tiram Kimball. Masak lagi selama 10 minit. Akhir sekali masukkan Mayonis Kimball dan daun bawang. Tutup api dan tuang ke dalam pinggan untuk disejukkan.
  3. Apabila doh dah naik, uli perlahan-lahan untuk keluarkan angina di dalam doh. Bentukkan doh seperti balak dan potong 12 dalam saiz yang sama. Setiap keping dibentuk seperti bola. Kemudian leperkan ia dan letak 2 sudu besar inti. Lipat kepada separuh dan tekan kemas pada bahagian tepinya.
  4. Bun yang telah diisi inti disusun atas dulang pembakar bergris. Tutup dengan tuala bersih dan lembap selama 30 minit atau sehingga doh menjadi anjal bila disentuh. Kemudian sapu bun dengan susu dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan (180°C) selama 20 minit atau sehingga ban kembang dan berwarna perang keemasan.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!