RESIPI TAMBAH DRAMA | Taufu Sumbat Goreng Kimball

Masa Penyediaan
30 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
8 orang
Resipi oleh
Chef Rohani Jelani

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • Untuk inti:
  • 100g Angel Hair Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan
  • 2 sudu besar minyak
  • 3 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1 biji lobak merah, diparut halus
  • 2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
  • 2 sudu besar Sos Tomato Kimball
  • Garam, secukup rasa
  • Lada, secukup rasa
  • 30 keping taufu paf goreng
  • Untuk bater:
  • 150g tepung beras
  • 70g tepung gandum
  • ½ sudu teh garam
  • 1/8 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar air kapur
  • 3 helai daun limau purut, disiat halus
  • 2 cawan minyak, untuk digoreng
  • Untuk hidangan:
  • 1 cawan Sos Cili Thai Kimball

CARA-CARANYA

  1. Panaskan minyak dalam kuali atas api sederhana. Tumis bawang putih sehingga perang keemasan. Tambah lobak merah, goreng 5 minit sebelum masukkan angel hair, Sos Berperisa Tiram Kimball dan Sos Tomato Kimball Kimball. Perisakan dengan garam dan lada.
  2. Buat lubang pada setiap taufu paf dan sumbat inti. (Ini boleh dibuat sehari sebelum dan simpan dalam peti sejuk)
  3. Tuang bater dalam mangkuk adunan supaya senang dan konsisten bila menyalut. Panaskan minyak di dalam kuali anggaran 4 sm dalam. Celup taufu sumbat di dalam bater. Goreng sedikit demi sedikit sehingga garing dan perang keemasan. Sejat minyak dan hidang semasa panas bersama Sos Cili Thai Kimball.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!