RESIPI TAMBAH DRAMA | Ayam Masala Kimball

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
30 minit
Saiz Hidangan
8 orang
Resipi oleh
Chef Rohani Jelani

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam (anggaran 1.8kg), potong sebesar 4sm
  • 2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
  • ½ cawan Sos Lada Hitam Kimball
  • 3 sudu besar serbuk cili
  • 1 ½ sudu besar serbuk jintan putih
  • 100g halia, dihiris
  • 5 ulas bawang putih, dihiris
  • 2 bawang merah, dihiris halus
  • 1/3 cawan minyak
  • 1 sudu teh biji sawi
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 4sm kulit kayu manis
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 botol Sos Spageti Tradisional Kimball
  • Garam, secukup rasa

CARA-CARANYA

  1. Letak ayam dalam mangkuk adunan besar dan gaul dengan Sos Berperisa Tiram Kimball dan Sos Lada Hitam Kimball, serbuk cili dan jintan putih. Perap 10 minit. Masukkan ¼ cawan air bersama halia, bawang putih dan bawang, kisar halus. Ketepikan
  2. Panaskan minyak dalam periuk atas api sederhana. Masukkan biji sawi, jintan putih, kulit kayu manis dan daun kari. Apabila biji sawi meletup letup, campur pula bahan kisar. Kacau selalu sehingga bahan menjadi perang.
  3. Masukkan ayam (bersama bahan perapan) dan goreng anggaran 15 minit. Tambah Sos Spagetti Tradisional Kimball dan 1 1/2 cawan air. Biarkan mendidih, barulah perlahankan api. Sesekali kacau sehingga ayam empuk dan kuah pekat – anggaran 20 minit. Perasakan dengan garam.
  4. Hidangkan segera sementara panas.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!