RESIPI TAMBAH DRAMA | Kek Velvet Hitam Kimball

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
35 minit
Saiz Hidangan
8 orang
Resipi oleh
Chef Rohani Jelani

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • Untuk kek:
  • 280g tepung, diayak
  • 1 sudu teh soda bikarbonat, diayak
  • ½ sudu teh serbuk penaik, diayak
  • ½ sudu teh garam, diayak
  • Adunan koko (225ml air panas + 90g serbuk koko kacau bersama sehinnga larut)
  • 120g mentega, lembutkan dalam suhu bilik
  • 150g gula perang lembut
  • 150g gula putih halus
  • 2 sudu besar sos karamel pekat
  • ½ sudu teh esen vanilla
  • 130g (3/4 cawan) Mayonis Kimball
  • 4 biji telur
  • Untuk Aising Vanilla Mayonis:
  • 100g mentega, lembutkan dalam suhu bilik
  • ½ sudu teh esen vanilla
  • 450g gula aising, diayak
  • 150g Mayonis Kimball

CARA-CARANYA

  1. Untuk kek: Alas dasar 2 tin kek bulat berukuran 16 sm dengan kertas minyak. Sapu bahagian tepi tin dengan mentega lembut. Letak rak ketuhar di posisi tengah dan panaskan pada suhu 160。C.
  2. Campurkan mentega, gula perang, gula putih, sos karamel pekat dan vanilla dalam mangkuk adunan. Pukul dengan senduk kayu sehingga sebati sebelum masukkan telur. Akhir sekali masukkan Mayonis Kimball.
  3. Tambah 1/3 adunan tepung yang telah diayak, gaul menggunakan spatula sehingga sebati. Masukkan 1/3 adunan koko dan gaul lagi. Tambah tepung dan adunan koko secara bergilir-gilir sehingga habis. Tuang adunan ke dalam tin pembakar dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan, selama 30-35 minit. Cucuk bahagian tengah dan jika pencucuk keluar bersih, tandanya kek cukup masak. Keluarkan kek daripada ketuhar. Biarkan sejuk selama 10 minit sebelum dikeluarkan daripada tin pembakar. Terbalikkan kek atas redai kek. Belah kedua-dua kek supaya jadi 4 bahagian.
  4. Untuk aising: Pukul mentega dan separuh gula aising di dalam mangkuk adunan sehingga lembut dan berkrim. Tambah lebihan gula aising dan Mayonis Kimball. Terus memukul dengan kelajuan perlahan sehingga aising gebu. Jangan terlebih pukul. Sapu dan ratakan aising atas setiap lapisan kek termasuk bahagian atas. Untuk lebih cantik, boleh memaipkan aising roset di atas kek.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!