RESIPI TAMBAH DRAMA | Spageti Bolognese Kimball Pedas Meletup

Masa Penyediaan
20 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Resipi oleh
Eksekutif Chef Hafiz bin Ahman

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 30gm bawang putih, dicincang halus
  • 50g bawang merah, dicincang halus
  • 300g daging ayam, dikisar
  • 350g Sos Spageti Tradisional Kimball
  • 350g Sos Spageti Selasih & Bawang Putih Kimball
  • 2 sudu besar Sos Cili Kimball
  • 100g lobak merah, dipotong dadu
  • 100g batang daun saderi, dipotong dadu
  • 20 biji cili padi, dipotong kecil
  • 5 helai daun selasih, dihiris kecil
  • 400g Spageti Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan

CARA-CARANYA

  1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan daging ayam hingga wangi. Kacau seketika.
  2. Masukkan Sos Spageti Tradisional Kimball, Sos Spageti Selasih & Bawang Putih Kimball, Sos Cili Kimball, lobak merah dan saderi.
  3. Masukkan cili padi dan daun selasih.
  4. Masak hingga sos pekat dan tuang ke atas Spageti Kimball.
  5. Sedia untuk dihidangkan.
  6. Tip dari Chef: Jika inginkan sos yang kurang pedas, anda boleh kurangkan cili padi.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!