RESIPI TAMBAH DRAMA | Daging Goreng Sos Tiram Kimball

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
5 orang

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • 200g Daging lembut, hiris nipis
  • 3 sudu besar Minyak
  • 2 sm Halia, dihiris nipis
  • 3 ulas Bawang putih, diketuk
  • Sayur-sayuran:
  • 1 – 2 biji Cili Burung, dihiris tebal
  • 1 biji Bawang, dipotong baji
  • ½ batang Lobak merah, dihiris nipis
  • ¾ cawan Sayur campuran, dipotong kecil*
  • 2 tangkai Daun bawang, dipotong anggaran 4cm panjang
  • *Lada benggala hijau, brokoli atau bunga kobis
  • Untuk perapan :
  • 1 sudu teh Gula
  • ½ sudu teh Garam
  • ½ sudu teh Serbuk lada putih
  • 1 sudu teh Sos Karamel Cheong Chan
  • 2 sudu teh Tepung Jagung
  • Untuk sos:
  • 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball, campurkan 75 ml air

CARA-CARANYA

  1. Perap daging dan ketepikan selama 10 minit.
  2. Panaskan 1 ½ sudu besar minyak dan tumiskan halia dan bawang putih sehingga perang. Masukkan sayur campuran dan goreng selama 5-7 minit. Angkat.
  3. Tambahkan minyak dan gorengkan daging dalam 7-8 minit. Masukkan sayur goreng ke dalam kuali sekali dan campurkan adunan sos. Bila sos jadi pekat, tambahkan daun bawang, biar 30 saat. Hidangkan panas bersama nasi.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!