RESIPI TAMBAH DRAMA | Ayam ‘Kung Pao’ Kimball

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
5 orang

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • 400g isi ayam, dipotong 2cm
  • 3 sudu besar Minyak
  • 10 biji Cili kering, dipotong 3cm panjang
  • 3 ulas Bawang putih, diketuk
  • 2 sm Halia, dihiris nipis
  • 1 biji Bawang, potong 2cm kiub
  • 100g kacang tanah yang telah dipanggang
  • 2 tangkai Daun bawang, dipotong 4cm panjang
  • Untuk perapan:
  • 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
  • 2 sudu teh Gula
  • ½ sudu teh Serbuk lada putih
  • 2 sudu teh Sos Karamel Cheong Chan
  • 1 sudu besar Tepung Jagung

CARA-CARANYA

  1. Perapkan ayam dengan adunan perapan anggaran 10 minit.
  2. Panaskan minyak dalam wok dan gorengkan cili selama 2 minit. Angkat dan ketepikan. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga perang. Tambah bawang, biar anggaran 2 minit.
  3. Kemudian masukkan ayam dan gorengkan dalam 8-10 minit. Tambah kacang tanah, cili goreng dan daun bawang, biar seminit. Hidangkan panas bersama nasi

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!