RESIPI TAMBAH DRAMA | Sup Kepala Ikan & Tauhu Kimball

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
30 minit
Saiz Hidangan
5 orang

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • 600g Kepala ikan, dipotong sebesar 6cm
  • ¼ cawan Minyak
  • 4 ulas Bawang putih, dicincang kasar
  • 3 sm Halia, dihiris nipis
  • 1 liter Air
  • 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
  • 2 keping Tofu putih lembut, potong anggaran 5cm
  • 2 biji Tomato
  • Untuk hiasan:
  • 2 tangkai Daun bawang, dihiris halus
  • 1 tangkai Daun sup, dihiris halus
  • 3– 4 sudu besar Bawang goreng

CARA-CARANYA

  1. Panaskan minyak. Gorengkan kepala ikan secara berperingkat sehingga perang. Ketepikan.
  2. Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumiskan halia dan bawang putih sehingga garing. Tambah air dan mask sampai ia mendidih. Masukkan Sos Berperisa Tiram Kimball dan kepala ikan. Renih selama 15 minit.
  3. Tambah tofu dan tomato. Kemudian, renih selama 5 minit. Taburkan dengan bahan hiasan dan hidangkan panas bersama nasi.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!