RESIPI TAMBAH DRAMA | Kubis & Suhun Goreng Kimball

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
4 orang

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • 20g suhun, direndam 15 minit dan disejat
  • 2 sudu besar minyak
  • 3 ulas bawang putih, dicincang halus
  • ½ batang lobak merah, diparut halus
  • 500g kubis, dihiris halus
  • 2 biji telur, dipukul
  • 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
  • 2 tangkai daun bawang, dipotong 4 cm panjang

CARA-CARANYA

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga perang. Masukkan lobak merah, kobis dan suhun. Kacau 5-8 minit.
  2. Buat lubang di tengah dan tambahkan telur. Kacau.
  3. Gaul telur dan sayur, goreng lagi 6-8 minit. Perasakan dengan Sos Berperisa Tiram Kimball. Tambah daun bawang dan gaul beberapa saat. Siap diangkat.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!