RESIPI TAMBAH DRAMA | Mi Goreng Kantonis Kimball

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
5 orang

BAHAN-BAHAN

  • Untuk adunan kuah:
  • 2 cawan air
  • 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 ½ sudu besar tepung jagung
  • 200g Fettucine Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan
  • 3 sudu besar minyak
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 5 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1 cawan bunga kobis, dipotong kecil
  • 200g isi ayam, dipotong nipis
  • 2 keping kek ikan, dihiris nipis
  • 6 tangkai pak choy, dipotong 5cm panjang
  • 1 biji telur, dipukul
  • Garam, secukup rasa
  • Lada, secukup rasa

CARA-CARANYA

  1. Panaskan 1 sudu besar minyak dan goreng fettucine. Campur kicap. Angkat dan letak dalam pinggan hidang.
  2. Tumis pula bawang putih sehingga perang keemasan. Masukkan bunga kobis, ayam dan kek ikan. Biar dalam 5 minit. Kacau adunan kuah dan tuang ke dalam kuali. Didihkan.
  3. Campur pak choy. Anggaran 3 minit baru masukkan garam dan lada secukup rasa. Percikkan telur yang telah dipukul, sebaik kuah didih. Tutup api. Tuang atas mi dan hidang segera.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!