RESIPI TAMBAH DRAMA | Mi Hailam Kimball

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
5 orang

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • Untuk adunan kuah:
  • 2 ½ cawan (625ml) air atau air stok ayam
  • 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu teh Sos Karamel Cheong Chan
  • 1 sudu teh gula
  • ½ sudu teh serbuk lada putih
  • 1 ½ sudu besar tepung jagung
  • 250g Spageti Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan
  • 4 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 150g udang saiz sederhana, dibuang kulit dan dibelah
  • 200 isi ayam, dihiris nipis
  • 150g sawi, dipetik dan dipotong 5cm panjang
  • 2 cawan kubis, dihiris tebal

CARA-CARANYA

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga perang keemasan. Tambah udang, ayam dan sayur, goreng lagi 5 minit.
  2. Kacau campuran kuah dan tuang di dalam kuali. Didihkan. Masukkan spagetti dan renih dalam 6-7 minit. Masukkan garam dan lada secukup rasa. Hidangkan panas.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!