RESIPI TAMBAH DRAMA | Omelet Udang & Sayur Kimball

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
5 orang

BAHAN-BAHAN

  • 3 sudu besar minyak
  • 1 biji bawang, dihiris nipis
  • ½ biji lobak merah, dihiris halus
  • 1 biji cili merah, dihiris nipis
  • 2 helai daun kobis, diparut halus
  • 200g udang, dibuang kulit dan dipotong 1cm
  • 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
  • ½ sudu teh serbuk lada putih
  • 5 biji telur, dipukul

CARA-CARANYA

  1. Panaskan 1 sudu besar minyak. Tumiskan bawang, lobak merah dan cili selama 5 minit. Masukkan kobis dan udang. Goreng lagi dalam 5 minit. Tambahkan Sos Berperisa Tiram Kimball dan lada, gaul dan angkat.
  2. Campur dalam telur yang telah dipukul. Lap kuali dan masukkan 1 sudu besar lebihan minyak atas api sederhana.
  3. Tuang separuh adunan telur ke dalam kuali panas. Bila bahagian bawahnya masak, lipat. Perlahankan api. Angkat bila kedua-dua belah omelet berwarna perang keemasan. Ulang untuk membuat satu omelet lagi.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!