RESIPI TAMBAH DRAMA | Ayam Kunyit Kimball

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
40 minit
Saiz Hidangan
5 orang

BAHAN-BAHAN

  • Untuk adunan perapan:
  • 400g isi ayam, potong keping anggaran 2cm
  • 1 ½ sudu teh serbuk kunyit
  • ¾ sudu teh garam
  • ¼ cawan minyak
  • 3 ulas bawang putih, dihiris tebal
  • 2 sm halia, dihiris nipis dan panjang
  • 1 biji bawang besar, dipotong baji
  • 1 biji lobak merah, dipotong panjang dan tebal
  • ½ cawan kuntum bunga kubis
  • 5 batang kacang panjang, dipotong 3cm
  • 2 biji cili merah atau hijau, dihiris tebal
  • 6 biji cili burung
  • 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball

CARA-CARANYA

  1. Perapkan ayam dengan adunan perapan selama 10 minit. Panaskan minyak dalam wok dan goreng ayam sehingga perang keemasan. Angkat dan ketepikan. Biarkan lebihan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan halia, bawang putih dan bawang selama 5 minit. Masukkan sayur dan cili, goreng 5 – 7 minit lagi, tambah 2 -3 sudu besar air semasa menggoreng.
  3. Masukkan ayam goreng, tambah Sos Berperisa Tiram Kimball. Gaul 5 minit. Angkat.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!