RESIPI TAMBAH DRAMA | Salad Suhun & Daging Kimball

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
5 orang

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • Untuk Sos Salad:
  • 3 sudu besar jus limau nipis
  • 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
  • 1 sudu besar Sos Cili Thai Kimball
  • 2 sudu besar gula
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1 sudu besar minyak
  • *200g daging lembu, potong nipis
  • 50g suhun, celur 1 minit dan disejat
  • ½ batang lobak merah kecil, diparut halus
  • 20 biji tomato ceri, dipotong dua
  • 1 biji bawang ungu, dihiris nipis
  • 4 biji cili burung, dihiris halus
  • ½ cawan daun sup, dipotong 4cm panjang
  • ¼ cawan kacang tanah panggang
  • Chef tips: Untuk alternatif, gunakan dada ayam

CARA-CARANYA

  1. Panaskan minyak. Gaul daging dengan garam dan lada hitam. Goreng selama 5 minit.
  2. Angkat daging. Masukkan dalam mangkuk dan tuang separuh sos. Sejukkan.
  3. Sebelum hidang, campurkan daging dengan bahan-bahan lain dan gaul bersama lebihan sos. Hidangkan segera.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!