RESIPI TAMBAH DRAMA | Angel Hair Kimball Goreng ala Mamak

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Resipi oleh
Eksekutif Chef Hafiz bin Ahman

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • 2 sudu besar minyak masak
  • 30g bawang merah, dicincang halus
  • 20g bawang putih, dicincang halus
  • 150g jejari ketam, dipotong 3 cm
  • 1 biji telur
  • 2 keping tauhu, dipotong dadu
  • 100g Sos Spageti Cendawan Kimball
  • 30g Sos Cili Kimball
  • 30g Sos Berperisa Tiram Kimball
  • 20g kicap pekat
  • 400g Angel Hair Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan
  • 50g tauge, dibuang ekor
  • 20g daun kucai, dipotong 1 inci panjang
  • Garam, secukup rasa
  • Gula, secukup rasa

CARA-CARANYA

  1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan jejari ketam.
  2. Masukkan telur, tauhu, Sos Spageti Cendawan Kimball, Sos Cili Kimball, Sos Berperisa Tiram Kimball, kicap pekat dan Angel Hair Kimball. Kacau sehingga sebati.
  3. Campurkan taugeh, daun kucai, garam dan gula secukup rasa.
  4. Sedia untuk dihidangkan.
  5. Tip dari Chef: Sebagai hiasan, anda boleh taburkan hirisan cili merah dan daun bawang.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!