RESIPI TAMBAH DRAMA | Bubur Ayam Bali Kimball

Masa Penyediaan
25 minit
Masa Memasak
45 minit
Saiz Hidangan
5 orang

BAHAN-BAHAN

  • Untuk bubur nasi:
  • 200g beras
  • 2 liter air
  • Untuk sup:
  • A: Tumbuk lumat untuk membuat pes
  • 1 sudu teh lada putih biji
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1cm kunyit
  • 2 biji buah keras
  • 1 sudu teh garam
  • B
  • 2 sudu besar minyak
  • 500g bahagian kaki ayam
  • 1 liter air
  • 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
  • Untuk hiasan:
  • 3 biji telur rebus, dikupas kulit dan belah empat
  • ½ cawan kacang tanah goreng
  • 2 cawan keropok ubi/rangup
  • 2 tangkai daun sup, dihiris halus
  • 2 tangkai daun bawang, dihiris halus
  • ¼ cawan bawang goreng

CARA-CARANYA

  1. Masak bubur sehingga lembut dan pekat. Sementara menunggu bubur masak, panaskan minyak dan tumis pes sehingga naik bau. Masukkan ayam, gaul rata dalam 10 minit. Tambah air dan Sos Berperisa Tiram Kimball.
  2. Renih ayam sehingga empuk. Angkat dan goreng sehingga berwarna perang di kedua-dua belah. Sejukkan. Kemudian siat kasar, buang tulang.
  3. Untuk menghidang, masukkan bubur panas di dalam mangkuk individu. Tuang sup dan tabur bahan hiasan.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!