RESIPI TAMBAH DRAMA | Nasi Kaserol Kimball

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
40 minit
Saiz Hidangan
5 orang

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • 3 sudu besar minyak
  • 500g ayam, dipotong keping anggaran 5cm, gaul dengan garam dan lada
  • 1 biji bawang besar, dipotong baji nipis
  • 1 biji lobak merah, dipotong 5cm memanjang
  • 1 biji lada benggala hijau, dihiris tebal
  • 1 biji lada benggala merah, dihiris tebal
  • 3 ulas bawang putih, dihiris tebal
  • 500g beras, dicuci dan disejat
  • 1 cawan Sup Tomato Kimball
  • 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
  • 375ml air
  • 10 batang kacang buncis, dipotong 3cm panjang

CARA-CARANYA

  1. Gorengkan ayam sehingga sedikit perang. Angkat dan ketepikan. Kemudian, tumiskan bawang, lobak merah, lada benggala dan bawang putih atas api sederhana selama 10 minit. Tambahkan beras dan gaul 5 minit.
  2. Tambahkan Sup Tomato Kimball, Sos Berperisa Tiram Kimball dan air. Biar sehingga mendidih dan air kering.
  3. Letak ayam dan kacang buncis atas nasi, tutup dan perlahankan api. Jangan buka tudung periuk selama 20 minit. Hidangkan segera kemudian.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!