RESIPI TAMBAH DRAMA | SATE KEPAK AYAM KIMBALL

Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
25 minit
Saiz Hidangan
8-10 orang

BAHAN-BAHAN

  • 1.6kg kepak ayam, dibuang hujung kepak*
  • Bahan Perapan:
  • 80g bawang merah, dihiris
  • 3 batang serai, dihiris
  • 30g kunyit hidup, dibuang kulit dan dihiris
  • 1 ½ sudu teh
  • 40g gula
  • 2 sudu besar Sos Cili Kimball
  • 3 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
  • ½ cawan air

CARA-CARANYA

  1. Campurkan semua bahan perapan dalam pengisar dan kisar halus. Perap ayam dengan bahan perapan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk selama 2 jam (atau semalaman).
  2. Susun ayam dalam dulang pembakar. Kemudian, panggang dalam ketuhar yang dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200°C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak dan berwarna keperangan. Hidangkan panas.
TIP: Simpan hujung kepak ayam yang dipotong untuk buat stok ayam. (Rebus hujung kepak ayam dalam 700ml air dan 3 hiris halia. Biarkan mendidih, kemudian renihkan atas api perlahan selama 1 jam dan tapiskan stok)

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!