RESIPI TAMBAH DRAMA | KUAH KACANG DAGING ISTIMEWA KIMBALL

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
1 jam
Saiz Hidangan
8-10 orang

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A (dikisar sehingga lumat):
  • 20g cili kering, dipotong 3cm memanjang, direndam dalam air panas sehingga lembut dan ditapis
  • 200g bawang merah, dihiris
  • 3 ulas bawang putih, dihiris
  • ½ cawan air
  • 400g kacang tanah
  • 500g daging lembu, dipotong kiub 3cm
  • 2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
  • 1/3 cawan minyak masak
  • 3 batang serai, dipotong dan diketuk
  • 1.2Liter air
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • ½ cawan Sos Cili Kimball
  • 2 sudu teh garam
  • 2 - 3 sudu besar

CARA-CARANYA

  1. Goreng kacang tanah atas api sederhana selama 20 minit, dan kacaukan selalu. Kemudian, sejukkan dan kisar dalam pengisar. Ketepikan.
  2. Perapkan daging dengan Sos Berperisa Tiram Kimball selama 10 minit. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak atas api sederhana dalam kuali. Tumis bahan A dan kacau sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan daging dan serai, dan kacau sehingga daging empuk.
  4. Masukkan air dan kacang yang dikisar, renih atas api perlahan dan kacau selalu selama 30 minit sehingga kuah jadi pekat. Kemudian, masukkan pes asam jawa, Sos Cili Kimball, garam, gula dan renih selama 15 minit. Hidang bersama nasi impit.
TIP: Daging lembu boleh digantikan dengan daging ayam tanpa tulang atau daging kambing.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!