RESIPI TAMBAH DRAMA | KURMA AYAM & SAYUR KIMBALL

Masa Penyediaan
20 minit
Masa Memasak
1 jam
Saiz Hidangan
8-10 orang

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A (dikisar sehingga sebati)
  • 200g bawang besar putih, dihiris
  • 8 ulas bawang putih, dihiris
  • 5cm halia, dihiris
  • 3 biji cili hijau, dihiris
  • 75g Serbuk rempah kurma
  • ¾ cawan air
  • Bahan B (kacau sehingga sebati)
  • ½ cawan Mayonis Kimball
  • ½ cawan air
  • 2 sudu besar jus limau nipis
  • 1.2 – 1.5kg ayam, dipotong 5cm
  • 3 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
  • 50ml minyak masak
  • 3 sudu besar minyak sapi atau mentega
  • Rempah (4cm kulit kayu manis, 6 kuntum bunga cengkih, 3 biji pelaga, 2 kuntum, bunga lawang)
  • 1Liter air
  • 3 biji kentang, dipotong empat
  • 2 batang lobak merah, dihiris tebal
  • 3 ulas bawang kecil, dipotong empat memanjang
  • 200g bunga kubis, dipotong
  • 2 biji tomato, dipotong besar
  • 5 biji telur rebus
  • 2 sudu teh garam
  • ½ cawan daun pudina

CARA-CARANYA

  1. Gaulkan ayam dengan Sos Berperisa Tiram Kimball, perap dan ketepikan selama 10 minit.
  2. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam periuk atas api sederhana. Tumis rempah, diikuti dengan bahan A dan masak atas api perlahan di samping mengacau selama 15 minit sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan kacau sehingga ayam empuk. Tambah air, kentang, lobak merah dan biar sehingga mendidih. Kemudian, perlahankan api dan renih selama 15 minit sehingga sayuran empuk. Tambah bawang kecil, bunga kubis, tomato dan telur rebus. Masak selama 10 minit dan masukkan garam.
  4. Campurkan bahan B dan daun pudina, kacau dan tutupkan api. Hidangkan panas.
TIP: Mayonis Kimball menjadikan kuah lebih sedap dan berkrim.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!