RESIPI TAMBAH DRAMA | KEK KURMA KIMBALL

Masa Penyediaan
20 minit
Masa Memasak
40 minit
Saiz Hidangan
8-10 orang

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A (diayak dan digaul sebati)
  • 215g tepung gandum
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • Bahan B (digaul bersama)
  • 100g Mayonis Kimball
  • 50ml air
  • ½ sudu teh esen vanila
  • 200g mentega, dilembutkan dalam suhu bilik
  • 200g gula pasir halus
  • 4 biji kuning telur
  • 4 biji putih telur
  • 150g buah kurma, dibuang biji dan dicincang

CARA-CARANYA

  1. Alas dasar tin kek berukuran 20cm segi empat atau 23cm tin bulat dengan kertas minyak dan gris keliling tin dengan mentega. Taburkan satu sudu besar Bahan A atas buah kurma, gaul sehingga bersalut rata dan ketepikan.
  2. Pukul mentega dan 150g gula sehingga ringan dan gebu. Tambah kuning telur dan pukul selama 2 - 3 minit. Masukkan separuh daripada Bahan A dan kaup. Tambah dan kaup bahan B bersama. Kemudian tambahkan baki bahan A sambil mengaup. Ketepikan adunan.
  3. Pukul putih telur sehingga berbuih dan ringan. Tambah 50g gula dan sambung memukul sehingga lembut dan seakan berkilat. Kaup 1⁄3 daripada adunan telur terlebih dahulu ke dalam adunan tadi, sebelum mengaup baki adunan telur dan masukkan kurma. Pastikan jangan pukul atau kacau berlebihan.
  4. Masukkan adunan ke dalam tin kek dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 30 - 40 minit atau sehingga kek naik dan berwarna perang keemasan.
TIP: Mayonis Kimball mengekalkan kek dalam keadaan lembap walaupun disimpan semalaman dalam peti sejuk.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!