RESIPI TAMBAH DRAMA | 1 PERIUK STU DAGING KIMBALL

Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
35 minit
Saiz Hidangan
3 orang

BAHAN-BAHAN

  • 3 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
  • 4½ sudu besar Sos Tomato Kimball
  • 3 cawan air
  • 350g kentang, dipotong dadu ½ inci
  • 250g daging, dipotong dadu ½ inci
  • 1 batang lobak merah, dipotong dadu ½ inci
  • Serbuk lada hitam secukup rasa

CARA-CARANYA

  1. Campurkan Sos Berperisa Tiram Kimball, Sos Tomato Kimball dan air ke dalam periuk nasi elektrik.
  2. Masukkan kentang, daging, lobak merah dan perisakan dengan serbuk lada hitam. Kemudian, kacau sebati.
  3. Tutup dan masak sehingga ubi kentang, daging dan lobak merah empuk. Hidangkan.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!