RESIPI TAMBAH DRAMA | Kek Makaroni Manis Kimball

Masa Penyediaan
20 minit + 2 jam (perap)
Masa Memasak
30 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Resipi oleh
Selebriti Chef Norzailina

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • A
  • 1 sudu kecil yis segera
  • ½ sudu kecil gula halus
  • 2 sudu besar air suam
  • B
  • 250g tepung serbaguna
  • ¼ sudu kecil soda penaik
  • ¼ sudu kecil serbuk penaik
  • 20g mentega
  • Garam, secukup rasa
  • 80g gula halus
  • 1 biji telur gred A
  • 285ml susu segar
  • 100g Makaroni Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan
  • Minyak, dilenser

CARA-CARANYA

  1. Campurkan A dan biar kembang selama 10 minit.
  2. Ayak tepung, serbuk penaik, soda penaik, dan garam. Gaulkan mentega dengan tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  3. Pukul gula dan telur sehingga gula hancur. Masukkan ke dalam tepung. Tambah susu dan campuran yis. Gaul sehingga sebati dan biar 2 jam. Masukkan Makaroni Kimball. Kacau rata.
  4. Lenser kuali leper dan acuan gelang bulat. Letak acuan di dalam kuali.
  5. Sudukan adunan ke dalam acuan dan masak atas api perlahan sehingga keemasan.
  6. Keluarkan acuan dan terbalikkan untuk masak bahagian atas.
  7. Ulangi langkah 5-7 sehingga adunan habis.
  8. Tip dari Chef: Anda boleh sajikan dengan jem, mentega kacang, sirap mapel atau madu. / Jika saiz kek besar, ubah ke gril supaya masak atasnya.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!