RESIPI TAMBAH DRAMA | 1 Periuk Ayam & Kentang Istimewa Kimball

Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
25 minit
Saiz Hidangan
3 orang

BAHAN-BAHAN

  • 3 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
  • 4½ sudu besar Sos Tomato Kimball
  • 1½ cawan air
  • 300g dada ayam, dipotong setebal ¼ inci
  • 1 biji ubi kentang, dikupas dan dipotong setebal ¼ inci
  • 200g terung, dipotong setebal ¼ inci
  • 1 sudu besar minyak
  • Serbuk lada hitam secukup rasa

CARA-CARANYA

  1. Tuang Sos Berperisa Tiram Kimball, Sos Tomato Kimball, serbuk lada hitam dan air ke dalam periuk nasi elektrik.
  2. Letak ayam di dasar periuk, diikuti lapisan ubi kentang di atasnya dan hirisan terung. Ulang turutan menggunakan semua bahan.
  3. Titiskan minyak di atasnya. Tutup dan masak selama 15 minit.
  4. Kacau perlahan, kemudian teruskan memasak sehingga ubi kentang empuk.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!