RESIPI TAMBAH DRAMA | 1 Periuk Sup Makaroni Dan Tofu

Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
30 minit
Saiz Hidangan
3 orang

BAHAN-BAHAN

  • 3 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
  • 3 sudu besar Sos Cili Kimball
  • 1-2 sudu besar jus limau nipis
  • 6 cawan air
  • 225g Kimball Macaroni
  • 2 sudu besar minyak
  • Serbuk lada hitam secukup rasa
  • 1 ketul tofu lembut, dipotong dadu 2cm
  • 2 biji telur, dipukul ringan
  • Minyak bijan
  • Daun bawang cincang

CARA-CARANYA

  1. Campurkan Sos Berperisa Tiram Kimball, Sos Cili Kimball, jus limau nipis dan air di dalam periuk nasi elektrik.
  2. Masukkan Kimball Macaroni, minyak dan serbuk lada hitam. Kacau.
  3. Tutup dan masak selama 15 minit kemudian kacau sebati.
  4. Tutup periuk dan masak selama 10 minit, masukkan tofu dan titiskan telur.
  5. Kemudian, tutup dan tunggu pasta masak.
  6. Renjiskan minyak bijan, tabur daun bawang ke atas sup dan hidangkan segera.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!