RESIPI TAMBAH DRAMA | PASTA BIJAN & KACANG KIMBALL

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
15 minit
Saiz Hidangan
4 orang

BAHAN-BAHAN

  • 300g Angel Hair Kimball, dicelur mengikuti arahan pada bungkusan
  • ¼ cawan air masak

  • Bahan A (Untuk Sos)
  • ½ cawan Sos Bijan 3 Rasa Kimball
  • 3 sudu besar mentega kacang halus
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 2 cm halia, dihiris
  • ½ cawan daun ketumbar
  • 2 biji cili merah, dibuang biji dan dihiris

  • Bahan B (Untuk Hiasan)
  • Timun, diparut
  • Lobak merah, diparut
  • Daun bawang, dipotong kecil
  • Daun ketumbar, dipotong kecil

CARA-CARANYA

  1. Kisar Bahan A dan air dalam mesin kisar elektrik sehingga halus dan sebati.
  2. Gaulkan Angel Hair Kimball dengan campuran sos.
  3. Taburkan Bahan B ke atas hidangan pasta dan hidang segera.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!