RESIPI TAMBAH DRAMA | AYAM CLAYPOT ISTIMEWA KIMBALL

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
40 minit
Saiz Hidangan
4 orang

BAHAN-BAHAN

  • 600g ayam, potong 5 cm sekeping
  • ½ cawan Sos Bijan 3 Rasa Kimball
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1 cawan air
  • 2 ulas bawang merah, dihiris tebal
  • 1 biji tomato, dipotong baji
  • Garam dan lada hitam, secukup rasa

CARA-CARANYA

  1. Perap ayam dengan Sos Bijan 3 Rasa Kimball selama sejam dalam peti sejuk.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga keemasan dalam periuk tanah. Tambah ayam dan masak selama 10 minit.
  3. Tambah air dan renih selama 15 minit. Masukkan bawang, tomato dan masak selama 10 minit lagi.
  4. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa dan hidangkan segera.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!