RESIPI TAMBAH DRAMA | ROJAK BUAH & SAYUR ISTIMEWA KIMBALL

Masa Penyediaan
20 minit
Masa Memasak
nil
Saiz Hidangan
4 orang

BAHAN-BAHAN

  • 6 cawan buah-buah & sayuran yang telah dipotong*
  • ½ cawan kacang tanah gula karamel keping, ditumbuk halus

  • Bahan A (Untuk Sos)
  • ½ cawan Sos Bijan 3 Rasa Kimball
  • 2 sudu besar petis udang (hei ko)
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 3 sudu besar Sos Cili Kimball

  • *Kombinasi mangga hijau, nenas, jambu air, jambu batu, timun, sengkuang dan betik muda

CARA-CARANYA

  1. Kacau Bahan A sehingga sebati.
  2. Campur buah-buahan, sayur-sayuran dan separuh kacang tanah gula karamel keping.
  3. Pindahkan rojak ke pinggan hidangan. Tabur baki kacang tanah gula karamel keping ke atas rojak dan hidang segera.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!