RESIPI TAMBAH DRAMA | STEW AYAM BBQ KIMBALL

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
50 minit
Saiz Hidangan
4 orang

BAHAN-BAHAN

  • 600g ayam, potong 5cm sekeping
  • ½ cawan Sos BBQ Kimball
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 3 biji kentang, dikupas kulit & dipotong 4
  • 2 cawan air
  • 2 ulas bawang sederhana, hiris tebal
  • 1 sudu besar sos karamel pekat Cheong Chan

  • Bahan A (Tumbuk sehingga lumat)
  • 2cm halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil biji lada hitam
  • ½ sudu kecil garam

CARA-CARANYA

  1. Perapkan ayam dengan Sos BBQ Kimball selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak dan goreng kentang sehingga perang keemasan. Ketepikan.
  3. Tumiskan Bahan A dalam baki minyak selama 5 minit. Kemudian, tambah ayam dan masak selama 10 minit.
  4. Tambahkan air dan renih selama 20 minit.
  5. Kemudian, masukkan kentang goreng, bawang dan sos karamel pekat. Masak selama 10 minit sehingga empuk.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!