RESIPI TAMBAH DRAMA | Briyani Kambing Kimball

Masa Penyediaan
20 minit
Masa Memasak
30 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Resipi oleh
Selebriti Chef Norzailina

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 4 biji bawang merah, dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih, dihiris nipis
  • 4cm halia, dihiris nipis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 1 sudu besar rempah briyani, campurkan 3 sudu besar air menjadi pes
  • 400g kambing, dipotong dadu
  • 250g beras basmathi, direndam 20 minit dan buangkan air
  • Air, secukupnya
  • 100g Sos Spageti Cendawan Kimball
  • 2 sudu besar susu cair
  • Pewarna merah, titisan yang sesuai
  • Garam secukup rasa
  • Hiasan
  • Kacang gajus, dipanggang jika perlu
  • Bawang goreng, jika perlu
  • Daun pudina, jika perlu

CARA-CARANYA

  1. Panaskan minyak sapi. Tumiskan bahan hirisan dan rempah tumis.
  2. Apabila wangi, masukkan pes briyani dan kambing. Kacau selama 2 minit.
  3. Masukkan air, biar mendidih dan renihkan sehingga kambing empuk. Tapiskan dan asingkan kambing dan stok.
  4. Satukan stok dengan Sos Spageti Cendawan Kimball dan susu sehingga 450ml.
  5. Tuangkan ke dalam periuk nasi eletrik, masukkan beras dan garam.
  6. Bila masak, titiskan pewarna merah. Taburkan kambing di atasnya.
  7. Tutup dan masak 5 minit lagi. Kemudian gaul rata.
  8. Hiaskan dengan bawang goreng, kacang gajus dan daun pudina.
  9. Tip dari Chef: Kambing boleh digantikan dengan daging lembu atau ayam.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!