RESIPI TAMBAH DRAMA | DAGING RUSUK BBQ KIMBALL

Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
3 jam & 15 minit
Saiz Hidangan
4 orang

BAHAN-BAHAN

  • 1.5kg daging rusuk lembu
  • ½ cawan Sos BBQ Kimball

  • Bahan A (Campur bersama)
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil serbuk cili
  • 2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar gula merah

CARA-CARANYA

  1. Sapukan rata Bahan A pada daging dan letakkan daging atas dulang pembakar beralas kerajang aluminum. Kemudian, tutupkan daging dengan kerajang aluminum dan lipat tutup tepi kerajang dengan kemas.
  2. Panggang daging dalam ketuhar yang dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 125°C selama 3 jam sehingga empuk.
  3. Angkat, buang kerajang atas dan sapukan Sos BBQ Kimball pada daging.
  4. Naikkan suhu oven kepada 180°C dan panggangkan daging selama 15 minit sehingga perang.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!