RESIPI TAMBAH DRAMA | IKAN BAKAR KIMBALL DENGAN SOS ASAM JAWA

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
25 minit
Saiz Hidangan
4 orang

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • 600g ikan*, dibersih
  • ⅓ cawan Sos BBQ Kimball
  • Daun pisang untuk membungkus
  • 3 sudu besar minyak masak

  • Campuran A (Campur sehingga sebati)
  • ⅓ cawan Sos Bijan 3 Rasa Kimball
  • ⅓ cawan air asam jawa
  • 3 ulas bawang merah, dihiris
  • 3 biji cili burung, dihiris
  • 3 helai daun limau purut, dihiris halus
  • Garam secukup rasa

  • *ikan pari, bawal hitam atau ikan merah

CARA-CARANYA

  1. Lap kering ikan dan perap dengan Sos BBQ Kimball. Bungkuskan ikan dalam daun pisang dan semat dengan pencungkil gigi.
  2. Sapukan minyak pada bungkusan, masukkannya ke dalam pan dan masak atas api rendah selama 12 minit untuk setiap belah.
  3. Hidangkan ikan bakar.bersama Campuran A.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!