RESIPI TAMBAH DRAMA | PASTA DAGING CINCANG TERIYAKI KIMBALL

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
30 minit
Saiz Hidangan
4 orang

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • 2 sudu besar minyak masak
  • 4 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 400g daging kisar
  • 1 cawan cendawan, dihiris
  • ½ cawan Sos Teriyaki Kimball
  • ½ cawan air
  • Garam dan lada secukup rasa
  • 250g Spageti Kimball, dicelur mengikut arahan pada bungkusan

  • Untuk Hiasan
  • Hirisan daun bawang, daun ketumbar dan cili

CARA-CARANYA

  1. Panaskan minyak dalam pan atas api sederhana dan goreng bawang putih sehingga perang keemasan.
  2. Tambah daging kisar dan cendawan. Masak selama 15 minit sehingga sedikit perang.
  3. Tambah Sos Teriyaki Kimball dan air. Biar mendidih dan kemudian renih selama 15 minit. Tambah garam dan lada secukup rasa.
  4. Hidang dengan pasta dan bahan hiasan.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!