RESIPI TAMBAH DRAMA | IKAN GORENG ISTIMEWA SOS BIJAN 3 RASA KIMBALL

Masa Penyediaan
20 minit
Masa Memasak
25 minit
Saiz Hidangan
4 orang

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • 500g ikan, disisik dan dibersih
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 cawan minyak masak

  • Bahan A (Gaul bersama)
  • ½ cawan Sos Bijan 3 Rasa Kimball
  • ½ cawan air suam

  • Bahan B
  • 3 biji cili burung, dihiris nipis
  • 1 biji bawang merah kecil dihiris nipis
  • ½ cawan daun pudina
  • ½ cawan mangga hijau, dihiris nipis

CARA-CARANYA

  1. Selar serong pada kedua-dua belah ikan. Perasakan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak atas api sederhana. Goreng ikan sehingga garing dan perang keemasan.
  3. Tuangkan Bahan A dan taburkan Bahan B ke atas ikan. Hidangkan serta merta.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!