RESIPI TAMBAH DRAMA | CHICKEN CHOP BBQ KIMBALL

Masa Penyediaan
20 minit
Masa Memasak
25 minit
Saiz Hidangan
4 orang

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • 4 ketul paha ayam, dibuang tulang dan dileper dengan penukul daging
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 biji bawang besar, dipotong dadu
  • 1 ½ cawan cendawan, dihiris

  • Bahan A (Campur sebati)
  • ½ sudu kecil garam
  • ½ sudu kecil lada
  • ¼ cawan Sos BBQ Kimball
  • 2 sudu besar minyak masak

  • Bahan B (Kacau sebatil)
  • ½ cawan Sos Kimball BBQ
  • 2 sudu besar Sos Tomato Kimball
  • 300ml air

CARA-CARANYA

  1. Perasakan ayam dengan Bahan A dan ketepikan selama 10 minit.
  2. Masak ayam dalam kuali pemanggang atas api sederhana untuk 10 minit setiap belah. Pindahkan ke pinggan hidangan.
  3. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bawang dan cendawan sehingga lembut.
  4. Tambah Bahan B dan renih selama 5 minit.
  5. Hidangkan kuah bersama ayam yang telah digril.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!