RESIPI TAMBAH DRAMA | AYAM MASAK MERAH BIJAN 3 RASA KIMBALL

Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
45 minit
Saiz Hidangan
8 – 10 orang

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • 1.2kg ayam, dipotong 5cm
  • 1 ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 cawan minyak masak
  • 2 biji bawang besar, dihiris tebal

  • Bahan A (Dikisar lumat)
  • 5 biji cili merah, dihiris
  • 6 ulas bawang putih, dihiris
  • 4cm halia, dihiris
  • ¼ cawan air

  • Bahan B
  • 240ml Sos Bijan 3 Rasa Kimball
  • ½ cawan Sos Tomato Kimball
  • 1 cawan air

CARA-CARANYA

  1. Lumur ayam dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak dalam kuali atas api sederhana. Goreng ayam sedikit demi sedikit sehingga perang keemasan. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan anggaran ⅓ cawan saja dalam kuali. Goreng bawang sehingga layu. Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan Bahan A ke dalam kuali dan goreng atas api perlahan selama 10 minit atau sehingga naik bau. Tambah Bahan B dan biarkan mendidih. Masukkan ayam dan masak ayam dalam api sederhana selama 10 minit.
  4. Masukkan bawang dan masak selama 5 minit lagi.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!