RESIPI TAMBAH DRAMA | SOTO PASTA BIJAN 3 RASA KIMBALL

Masa Penyediaan
30 minit
Masa Memasak
40 minit
Saiz Hidangan
8 – 10 orang

VIDEO

BAHAN-BAHAN

  • ½ ekor ayam tanpa kulit, dipotong dua
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 240ml Sos Bijan 3 Rasa Kimball
  • 2 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
  • Garam secukup rasa
  • 300g Angel Hair Kimball, dicelur mengikut arahan pada bungkusan

  • Bahan A (Dikisar lumat)
  • 1½ sudu kecil biji lada putih
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2cm kunyit hidup
  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 2 sudu kecil garam

  • Bahan B
  • 2.5 liter stok ayam
  • 3 batang serai, diketuk
  • 4 helai daun limau purut, dikoyak

  • Bahan C
  • 4 biji telur rebus, dipotong 4
  • 1 cawan daun salad, dimayang halus
  • ½ cawan daun bawang, dihiris
  • ½ cawan daun saderi, dihiris
  • ½ cawan bawang goreng

CARA-CARANYA

  1. Lumur ayam dengan Bahan A dan perap selama 15 minit. Panaskan minyak dan goreng ayam atas api kecil sehingga perang. Masukkan Bahan B, didihkan dan biar merenih atas api kecil selama 15 minit.
  2. Tambah Sos Bijan 3 Rasa Kimball, Sos Berperisa Tiram Kimball dan renih selama 15 minit. Masukkan garam secukup rasa.
  3. Keluarkan ayam dan biarkan dingin sedikit. Kemudian, carikkan ayam dari tulang dan ketepikan.
  4. Hidangkan sup panas dalam mangkuk individu bersama Angel Hair Kimball dan hias dengan Bahan C bersama ayam yang telah dicarikkan tadi.

Cuba resipi enak Kimball yang lain!

Rasa enak lebih baik jika dikongsi bersama. Cari kami di Facebook untuk dapatkan resipi istimewa aktiviti terkini dan banyak lagi!