Masa Penyediaan
                            20 minit
Masa Memasak
                            30 minit
Saiz Hidangan
                            6-8 hidangan
                Bahan-bahan
- 500g Beras Basmati, Dicuci Dan Rendam Selama 10 Minit
 - 100ml Santan
 - 120ml Air
 - 1 Sudu Teh Garam
 
- 2 Sudu Besar Sos Cili Kimball
 - 1 Sudu Besar Sos Tomato Kimball
 - 2 Sudu Besar Sos Berperisa Tiram Kimball
 - 1.2kg Ayam, Dipotong Ketulan Kecil
 - 1½ Sudu Besar Serbuk Kunyit
 
- 4 Sudu Besar Minyak
 - 2 Biji Bawang Besar, Dihiris
 - 1 Batang Kayu Manis
 - 10 Kuntum Bunga Cengkih
 - 6 Biji Buah Pelaga
 - 2 Kumtum Bunga Lawang
 
- 130g Bawang Merah
 - 30g Halia
 - 4 Batang Serai
 - 20g Daun Ketumbar
 - 12 Biji Lada Hitam
 
- Bawang Goreng Dan Daun Ketumbar Cincang
 
Cara-caranya
- Perap ayam dengan perapan ayam selama 4 jam di dalam peti sejuk.
 - Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumis sehingga wangi. Kemudiannya, masukkan bahan-bahan pes perempah dan tumis sehingga naik minyak.
 - Seterusnya, masukkan ayam perap dan masak bersama pes sehingga ¾ masak, ketepikan.
 - Masukkan beras ke dalam periuk nasi, diikuti dengan santan, air dan garam, kacau sehingga sebati.
 - Kemudiannya, masukkan campuran ayam dan kacau beras dengan ringan, masak mengikut arahan periuk nasi.
 - Angkat nasi yang telah dimasak dari periuk nasi dan hiaskan dengan bawang goreng dan daun ketumbar. Hidangkan panas.
 
                
    
                                                                Kongsi di Facebook