Masa Penyediaan
![Masa Penyediaan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico1.png)
5 minit
Masa Memasak
![Masa Memasak](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico2.png)
10 minit
Saiz Hidangan
![Saiz Hidangan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico3.png)
3–4 hidangan
![Product Image](https://kimball.com.my/wp-content/uploads/2022/05/Kimball_6-Popiah-Rolls-1170-x-635.jpg)
Bahan-bahan
- Untuk inti:
- 1 tin Sos Pasta Buttermilk Kimball
- 125g Makaroni Kimball masak ikut arahan pada paket
- 100g Filamen ketam, dihiris halus
- 3 pokok Daun bawang, dihiris halus
- ½ sudu teh Serbuk lada hitam kasar
- ½ sudu teh Serbuk cili kasar
- ¼ sudu teh Garam
- 1 paket Kulit popiah 5” x 5”
- Minyak untuk menggoreng
- Untuk sos pencicah:
- Sos Cili Kimball
- Untuk hiasan:
- Daun pasli dicincang
Cara-caranya
- Di dalam mangkuk besar, satukan bahan-bahan utuk inti dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
- Ambil 1 helai kulit popiah dan letakkan sedikit inti pada salah satu hujung secara memanjang dan balut dengan ketat untuk membentuk popiah. Ulangi langkah untuk inti yang selebihnya.
- Panaskan minyak di dalam kuali, goreng popiah secara bergiliran sehingga menjadi warna kuning keemasan. Hidangkan panas dengan Sos Cili Kimball.