Masa Penyediaan
![Masa Penyediaan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico1.png)
20 minit
Masa Memasak
![Masa Memasak](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico2.png)
15 minit
Saiz Hidangan
![Saiz Hidangan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico3.png)
4 orang
![Product Image](https://kimball.com.my/wp-content/uploads/2021/11/recipe-standard-size-20.jpg)
Bahan-bahan
- Dikisar
- 1 bawang merah besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 hiris halia
- 1 sudu besar udang kering
- ½ cawan air
- Kuah
- 4 sudu besar pes cili (3 sudu besar Sos Cili Kimball + 1 mangkuk cili kering dikisar + ½ cawan air)
- 3 sudu besar minyak masak
- 360g ayam, dipotong kecil
- ½ tin Sup Tomato Kimball
- 3 cawan air
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu besar gula
- 3 biji telur
- 200g Angel Hair Kimball, dicelur mengikuti arahan di bungkusan
- Hiasan
- 1 ikat sawi bunga, dipotong ke 1 inch panjang
- 2 kiub tauhu, digoreng dan dihiris
- 2 cili hijau, dihiris serong
- 2 sudu besar kacang, ditumbuk kasar
- 2 sudu besar bawang goreng
Cara-caranya
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan kisar dan pes cili sehingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan ketulan ayam dan masak sebentar.
- Tuangkan Sup Tomato Kimball dan air.
- Perasakan dengan garam dan gula.
- Apabila kuah mulai mendidih, pecahkan telur satu-persatu tanpa digaul supaya telur tetap sebiji demi sebiji.
- Masukkan Angel Hair Kimball ke dalam mangkuk dan tuangkan sebiji telur serta kuah ke atasnya.
- Taburkan sawi, cili hijau, tauhu, kacang & bawang goreng ke atas Mi Bandung sebelum dihidangkan.