Masa Penyediaan
![Masa Penyediaan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico1.png)
10 minit
Masa Memasak
![Masa Memasak](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico2.png)
25 minit
Saiz Hidangan
![Saiz Hidangan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico3.png)
3 orang
![Product Image](https://kimball.com.my/wp-content/uploads/2021/10/one-pot-mushroom-fried-rice.jpg)
Bahan-bahan
- 1 sudu besar minyak
- 2 ulas bawang putih, dicincang halus
- 150g cendawan shiitake, dipotong empat
- 3 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 1½ cawan beras, dibasuh
- Serbuk lada hitam, secukup rasa
- 2¼ cawan air
- 2 biji telur, dipukul
- 4½ sudu besar Mayonis Kimball
Cara-caranya
- Panaskan minyak, tumis bawang putih dan masak cendawan dalam periuk nasi elektrik sehingga lembut.
- Masukkan Sos Berperisa Tiram Kimball, beras, serbuk lada hitam dan air. Kacau rata dan tutup periuk.
- Selepas 10 minit, buka penutup dan kacau. Tutup periuk dan tunggu sehingga nasi masak.
- Buka penutup, masukkan telur dan kacau. Tutup dan biarkan selama 5 minit supaya telur masak. Buka penutup dan kacau.
- Hidangkan nasi goreng bersama Mayonis Kimball di sebelah atau titiskan di atas nasi sebelum makan.