Masa Penyediaan
![Masa Penyediaan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico1.png)
15 minit
Masa Memasak
![Masa Memasak](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico2.png)
30 minit
Saiz Hidangan
![Saiz Hidangan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico3.png)
4 orang
![Product Image](https://kimball.com.my/wp-content/uploads/2021/11/recipe-standard-size-52.jpg)
Bahan-bahan
- 200g Spageti Kimball, dicelur mengikut arahan di bungkusan & gunting pendek
- 1 biji bawang besar, didadu
- 10 helai daun kucai, dipotong 2cm
- 1 cawan taugeh, dibuang ekor
- 200g udang, dikupas & potong halus
- 1/2 biji lobak merah, disagat halus
- 2 biji telur saiz A
- garam, secukup rasa
- 3 sudu besar minyak
- Sos
- 1 biji bawang besar, dikisar
- 2 ulas bawang putih, dikisar
- 2 biji cili merah, dikisar
- 2 sudu besar minyak
- 3 sudu besar Cili Sos Kimball
- 2 sudu besar air asam jawa
- 1 sudu besar gula
- garam, secukup rasa
Cara-caranya
- Gaulkan bahan cucur dalam mangkuk besar.
- Lengser minyak di atas kuali kalis lekat. Goreng cucur secara nipis. Bila masak, terbalikkan dan biar sehingga keperangan.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak.
- Masukkan Cili Sos Kimball, asam jawa, garam dan gula.
- Cucur Spageti sedia dihidangkan dengan sos.