Masa Penyediaan
![Masa Penyediaan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico1.png)
5 minit
Masa Memasak
![Masa Memasak](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico2.png)
6 minit
Saiz Hidangan
![Saiz Hidangan](https://kimball.com.my/wp-content/themes/kimball/img/recipe/ico3.png)
3-4 hidangan
![Product Image](https://kimball.com.my/wp-content/uploads/2023/02/Sahur_Tomato-Egg-Drop-Soup-top.jpg)
Bahan-bahan
- 3 Sudu Besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 1 Sudu Besar Sos Tomato Kimball
- 1 Sudu Besar Minyak
- 30g Bawang Kuning, Dihiris Nipis
- 1.25 Litre Air
- 2 Biji Tomato, Dipotong Baji
- 50g Biji Jagung
- ¼ Sudu Teh Serbuk Lada Sulah
- 1 Paket Cendawan Enoki
- 4 Biji Telur, Dipukul
Cara-caranya
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang kuning sehingga lembut dan warna kuning keemasan. Masukkan air dan biar mendidih.
- Kemudiannya, masukkan tomato, biji jagung, Sos-Sos Kimball dan serbuk lada sulah. Biar mendidih.
- Akhirnya, masukkan cendawan enoki dan telur, kacau ringan dan tutup api. Hidangkan bersama dengan nasi atau pasta.