Top banner

Evolusi Jenama Kimball

Kisah kejayaan Kimball bermula pada tahun 70-an dengan pelancaran cap dagang Sos Tomato Kimball, diikuti dengan Sos Cili Kimball. Rasa yang terdapat dari sos Kimball telah menjadikannya sos pilihan di kalangan rakyat Malaysia, dan hari ini, Kimball mempunyai kelebihan sebagai salah satu jenama sos di Malaysia yang paling dipercayai. Dibuat dari bahan-bahan yang berkualiti tinggi di bawah garis panduan pengeluaran yang ketat, sos Kimball mempamerkan kualiti standard antarabangsa dan rasa konsistennya merupakan satu warisan yang berkekalan. Rangkaian produk Kimball kini terdiri daripada produk-produk yang lain termasuk pasta, sos pasta, mayonis,kacang dan lain-lain.



Kepelbagaian Rasa Enak Untuk Semua

Seperti dalam setiap budaya, sajian enak adalah pemangkin untuk memupuk hubungan erat antara satu sama lain. Berganding tangan dengan pengguna kami selama ini, Kimball adalah rakan kulinari yang membawa kepelbagaian rasa dengan cara yang bijak serta mudah melalui rangkaian produk dan resipi penuh inspirasinya. Setiap hidangan bersama keluarga dan rakan dijadikan lebih istimewa dengan Kimball.

Kimball merupakan salah satu jenama dari Campbell Malaysia, sebuah syarikat makanan multinasional yang kukuh. Ketahui lebih lanjut mengenai kami diĀ www.campbellsoup.com.my