Masa Penyediaan

10 minit
Masa Memasak

10 minit
Saiz Hidangan

3 - 4 orang

Bahan-bahan
- 8 sudu besar Mayonis Kimball
- 12 keping Roti
- 1 sudu besar Minyak
- 1 biji Bawang besar, dicincang
- 3 biji Cili padi
- 1 tin (425g Ikan sardin, ditapis dan ketepikan 3 sudu besar sos)
- 1 biji Epal hijau, dicincang
- ½ sudu teh Serbuk lada sulah
- Jus 2-3 biji limau kasturi
Cara-caranya
- Sapukan Mayonis Kimball di atas kedua-dua permukaan roti dan bakar di atas kuali yang telah dipanaskan. Angkat dan sejukkan.
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang dan cili padi sehingga wangi. Masukkan ikan sardin dan sos. Goreng sehingga sos kering. Angkat dan sejukkan.
- Masukkan epal, 4 sudu besar Mayonis Kimball, serbuk lada sulah dan jus limau Kasturi ke dalam campuran ikan sardin. Kacau sehingga sebati.
- Untuk membentuk sandwic, letakkan campuran ikan sardin di atas roti bakar. Taburkan Mayonis Kimball dan tutup dengan roti bakar. Potongkan sandwich kepada 2 dan hidangkan.
Tip cef: Tambah mayonis ke dalam inti sardine untuk menjadi lebih berkrim dan lebih halus