Masa Penyediaan
15 minit
Masa Memasak
25 minit
Saiz Hidangan
4 orang
Bahan-bahan
- Untuk adunan sos:
- 1 sudu besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- 1 sudu teh Sos Karamel Cheong Chan
- 2 susu teh sos ikan
- 1 sudu teh gula
- 2 sudu besar air
- 1 sudu teh tepung jagung
- 2 sudu minyak
- 4 ulas bawang putih, ditumbuk kasar bersama 4 bi ji cili burung
- 300g isi ayam, dicincang kasar
- 4 batang kacang panjang, dipotong 3cm panjang
- 2 cawan daun kemangi/ daun selasih
- Untuk dihidang:
- 4 telur goreng (1 biji telur untuk seorang)
Cara-caranya
- Tambahkan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih dan cili. Masukkan ayam dan kacang panjang. Gaul rata sehingga ayam empuk.
- Masukkan pula adunan sos. Didihkan. Tambahkan daun kemangi dan padam api.
- Senduk dan tuang atas nasi putih. Hidangkan bersama telur goreng semasa panas.