Masa Penyediaan

10 minit + 1 jam (perap)
Masa Memasak

20 minit
Saiz Hidangan

4 orang

Bahan-bahan
- 500g daging batang pinang, dihiris nipis
- ¼ cawan Sos Lada Hitam Kimball
- ¼ cawan Sos BBQ Kimball
- 1 sudu besar Pati Tomato Kimball
- serbuk smoked paprika, secukup rasa
- garam secukup rasa
- 4 roti pita
- daun salad
- timun
- tomato
- Sos Cili Bawang Putih Kimball
- Mayonis Kimball
Cara-caranya
- Perap daging dengan Sos Lada Hitam Kimball, Sos BBQ Kimball, Pati Tomato Kimball, serbuk smoked paprika dan garam selama 1 jam.
- Cucuk daging dengan besi pemanggang. Gril hingga masak, terbalikkan sekali. Hiris nipis kemudian.
- Letak hirisan daging, salad, timun dan tomato di dalam roti pita.
- Renjiskan dengan Sos Cili Bawang Putih Kimball dan Mayonis Kimball.