Masa Penyediaan
10 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
3-4 hidangan
Bahan-bahan
- 1 tin (290g) Sos Pasta Ayam-nara Kimball
- 200g Spiral Kimball, masak ikut arahan pada paket
- 2 sudu besar Mentega
- 30g Bawang merah, dicincang halus
- 2 ulas Bawang putih, dicincang
- 4 biji Sosej salai, dihiris secara menyerong
- 40g Biji jagung manis
- 40g Kubis, dihiris
- ΒΌ cawan Susu
- 1 sudu teh Lada hitam, dikisar kasar (terbaik dengan Lada Hitam Sarawak)
Cara-caranya
- Panaskan mentega dengan api rendah dalam kuali dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
- Masukkan sosej salai dan masak sehingga kuning keemasan. Masukkan jagung dan kubis, kemudian masak selama 30 saat lagi.
- Masukkan Spiral Kimball yang telah dimasak, Sos Pasta Ayam-nara Kimball, dan susu. Gaul sehingga sebati.
- Reneh selama 1 minit dan kacau secara berterusan. Taburkan lada hitam dan hidangkan serta-merta.
Kongsi di Facebook