Masa Penyediaan
5 minit
Masa Memasak
20 minit
Saiz Hidangan
1-2 hidangan
Bahan-bahan
- 100 gram Pasta Spageti Kimball
- 1/2 tin Sos Pasta Kimball Keju-nara
- 50 gram ketulan dada ayam (dipotong kiub)
- 30 gram bawang besar holland (potong kiub)
- 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 30 gram broccoli (dipotong kecil)
- 30 gram cendawan butang (dibelah empat)
- 1/2 sudu besar minyak masak
- 1/2 sudu besar rempah briyani
- 30 ml air
- Sedikit garam
- Sedikit serbuk lada sulah
Cara-caranya
- Rebus Pasta Spageti Kimball selama 10–12 minit sehingga al-dente dan toskan.
- Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
- Masukkan rempah briyani, dada ayam dan air. Masak hingga empuk dan wangi.
- Masukkan broccoli dan cendawan butang dan tuangkan Sos Pasta Kimball Keju-nara.
- Masukkan Pasta Spageti Kimball, tambahkan garam dan lada sulah secukup rasa.
- Hidang dan hiaskan dengan bahan hiasan.
Kongsi di Facebook