Masa Penyediaan

5 minit
Masa Memasak

10 minit
Saiz Hidangan

3-4 hidangan

Bahan-bahan
- 1 Sudu Besar Sos Cili Kimball
- 1 Sudu Besar Sos Berperisa Tiram Kimball
- ½ Sudu Teh Sos Karamel Cheong Chan
- Minyak Untuk Menggoreng
- 20g Bawang Besar, Didadu Halus
- 1 Ulas Bawang Putih, Dicincang
- 200g Kubis, Dihiris Halus
- 200g Dada Ayam, Didadu
- 3 Cawan Nasi Yang Disimpan Semalaman
- Garam Dan Serbuk Lada Sulah Secukup Rasa
Cara-caranya
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan kubis dan goreng sehingga lembut. Kemudiannya, masukkan ayam dan goreng sehingga masak sepenuhnya.
- Seterusnya, masukkan Sos-Sos Kimball dan Sos Karamel Cheong Chan. Kacau sehingga sebati dan goreng selama 2-3 minit.
- Akhirnya, perasa dengan garam dan serbuk lada sulah. Angkat dan hidangkan serta-merta.